Eksplorasi Ilmu PEERS ke Universiti Sumatera Utara, Medan, Indonesia



Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) UiTM Cawangan Kelantan dan Unit Kerjaya & Kaunseling , Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengadakan program Eksplorasi Ilmu PEERS ke Universiti Sumatera Utara (USU) di Medan Indonesia” untuk memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan dan melahirkan pelajar yang berwibawa, berdisiplin, berdedikasi dari segi mental dan fizikal sambil memperkenalkan UiTM Kelantan khususnya kepada masyarakat di Indonesia. Selain itu, program ini bertujuan mencari idea baru dan menimba pengalaman tentang cara belajar di negara luar. Program ini juga bertujuan menyelami dan mempelajari cara hidup serta budaya masyarakat luar di samping menjalinkan silaturrahim. Program ini berlangsung pada cuti semester yang lalu iaitu pada 23 April 2013 sehingga 27 April 2013 selama 4 hari 3 malam yang lalu. Seramai 28 orang yang turut serta ke program tersebut termasuk pelajar dari UiTM Cawangan Kelantan dan pegawai pengiring. Antara pegawai pengiring yang terlibat ialah 2 orang Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Kelantan, 5 orang Pegawai Pelajaran Daerah dari Pasir Puteh dan seorang staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan.  Program ini telah diadakan di Medan, Indonesia.
               
Pada pukul 12 tengah hari, kami semua selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonial, Medan Indonesia. Kami disambut mesra oleh Encik Berahim atau lebih mesra dipanggil dengan nama Pak Berahim sebagai pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di Indonesia. Beliau telah membawa kami ke sebuah restoran untuk makan tengah hari.

Setelah menjamu selera, kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah hotel yang terletak di Parapat. Jarak perjalanan untuk sampai di sana memakan masa lebih kurang 5 atau 6 jam. Sepanjang perjalanan, beliau telah menceritakan tentang asal usul penduduk di kawasan Parapat. Kebanyakkan penduduk di kawasan itu terdiri daripada suku kaum orang Batak. Pada beberapa puluh tahun dahulu, orang batak ini dikenali sebagai manusia yang memakan orang. Beliau juga menceritakan adat perkahwinan serta adat kematian orang Batak tersebut. Sebelum kami sampai di tempat penginapan kami, beliau telah membawa kami ke sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis kekacang yang terletak di Permatang Siantar.

Pada hari kedua, setelah selesai bersarapan kami dibawa oleh Pak Berahim menuju ke Pulau Samosir dengan menaiki bot yang telah disediakan. Kami telah dibawa melawat ke Kampung Tomok dan Kampung Ambarita. Pemandangan sepanjang menuju ke kampung tersebut sangatlah mendamaikan. Sampai sahaja kami di Pulau Samosir, kampung pertama yang kami lawati ialah kampung Tomok. Disini,beliau telah menerangkan kepada kami asal usul suku kaum di perkampungan ini. Kebanyakkan penduduk kampung disini terdiri daripada orang Batak  juga. Beliau membawa kami ke tempat pemancungan kepala bagi pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan. Beliau menunjukkan kepada kami proses pemancungan itu dilakukan. Hukuman seperti ini telah lama ditinggalkan oleh penduduk disini kerana pertukaran agama yang dianuti oleh kebanyakkan penduduk. Kemudiannya, kami dibawa melawati Kampung Ambarita yang merupakan salah satu kampung yang boleh dikatakan agak besar keluasannya berbanding dengan Kampung Tomok. 



Selesai sahaja kami melawati kedua-dua buah kampung ini, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Berastagi. Berastagi merupakan sebuah kawasan yang bersuhu agak sejuk. Pak Berahim memaklumkan kepada kami bahawa punca pendapatan penduduk di daerah ini ialah pertanian. Hal ini kerana tanah di kawasan tersebut sangat subur dan apa sahaja yang ditanam oleh mereka pasti membuahkan hasil. Kami kemudiannya singgah di Air Terjun Sipiso-Piso dan Simarjarunjung Hill. Keadaan di sana sangat sejuk dan mendamaikan. Kami selamat tiba di Hotel Green Garden untuk istirehat dan bermalam di sana.



Pada hari ketiga,kami telah dibawa melawat ke Universiti Sumatera Utara yang terletak di tengah-tengah kota Medan. Universiti Sumatera Utara merupakan universiti yang menawarkan kursus perubatan kepada pelajarnya. Di hadapan universiti ini terdapat Rumah Sakit iaitu hospital universiti yang sangat besar yang menempatkan pelajar-pelajar praktikal mereka di sana. Pak Ibrahim, pemandu pelancong kami memberitahu bahawa terdapat ramai pelajar Malaysia yang menuntut di universiti ini dan oleh itu, di hadapan universiti ini terdapat pelbagai kedai makan yang menyediakan makanan masakan Malaysia. 



Setelah selesai sesi bergambar di Universiti Sumatera Utara, kami dibawa ke Fashion Outlet iaitu tempat membeli belah pakaian yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Pakaian di situ merupakan pakaian yang berjenama dan berkualiti untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada ahli keluarga. Setelah penat berjalan, kami  makan tengahari di Restoran Istimewa Ayam Pop yang menyediakan menu nasi padang. Pada pukul 2.00 petang, kami dibawa ke Pasar Ikan, yang tekenal sebagai tempat menjual kain, telekung, tudung dan sebagainya dengan harga yang sangat murah. Pasar Ikan ini merupakan tempat pekerjaan majoriti penduduk kota Medan kerana kawasan ini dipenuhi dengan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Kemudian, kami dibawa ke Hotel Madani untuk berehat sebelum makan malam di Restoran Lubuk Idai pada pukul 8.00 malam.


Pada hari keempat, kami bersarapan di Hotel Madani dan bertolak agak lewat sedikit iaitu pada pukul 11.30 pagi untuk mengemas barang-barang sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Kemudian, kami terus kembali ke Pasar Ikan semula kerana segelintir dari kami ada yang tidak sempat untuk membeli belah. Setelah makan tengahari kami dibawa ke Medan Mall sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Polonial, Medan pada pukul 5.00 petang. Penerbangan kami dijangka berlepas ke Pulau Pinang pada pukul 7.30 petang dan penerbangan ini mengambil masa kira-kira 45 minit. Tepat jam 8.15 malam kami sampai di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan terus menaiki bas ke UiTM Cawangan Kelantan.  Melalui program ini, para peserta yang terlibat telah menimba banyak pengalaman daripada negara luar dan kami berharap agar kami dapat melaksanakan aktiviti yang kami anjurkan dengan lebih efektif justeru memberi kesan yang mendalam di UiTM Cawangan Kelantan. Program ini juga dapat membentuk sifat kepimpinan para peserta dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan dan lebih berdaya saing dalam apa jua cabaran serta rintangan di era dunia global masa kini.

♥♥♥ We Belong Together ♥♥♥

Kerana Diriku Begitu Berharga Bersama Heliza Helmi & Amin Idris


Program 'Kerana Diriku Begitu Berharga' telah berjaya dilaksanakan pada 1 mac 2013.
Alhamdulillah, ini merupakan kali kedua PEERS berkolaborasi bersama artis tanah air kita.
Terjah entri ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.. ^________^

Para Jemputan
Dari Kiri: Raja Nuramlah, Amin, Tn Hj Shukri, Pn Azlina, Heliza

Nyanyian lagu Negaraku

Perasmian oleh Amin dan Heliza

Forum bersama Amin dan Heliza

Forum bersama Amin dan Heliza
Mahasiswa yang hadir


Mahasiswa yang hadir

Pemenang

Para Pemenang bersama tetamu jemputan

Ahli Jawatankuasa PEERS bersama tetamu jemputan

Terima kasih buat semua yang hadir ke program ini. Semoga program ini memberi manfaat dan faedah yang baik kepada seluruh mahasiswa.

♥♥♥ We Belong Together ♥♥♥

OPKIM Perdana UiTM 2013

  
Program ini merupakan Program Kesukarelawan Siswa yang melibatkan wakil-wakil setiap kelab yang ada di UiTM Cawangan Kelantan.
Program selama 3 hari ini telah berjaya dilaksanakan di 3 tanah jajahan iaitu:
  • Machang
  • Tanah Merah
  •  Jeli
Banner OPKIM Perdana UiTM 2013

Para jemputan yang hadir pada Majlis Perasmian OPKIM Perdana


                    Kelab PEERS berkerjasama dengan Kelab PROSTAR bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelawan di Kg. Batu Melintang
     

Kerja-kerja amal yang dijalankan...

That's all great.. ^__________^

♥♥♥ We Belong Together ♥♥♥

Jom Tangani Stress

 
Program ini merupakan program perisian bersama mahasiswa berkaitan "Stress". 
Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para mahasiswa secara tidak langsung telah dapat mengurangkan stress yang dialami oleh mereka terutamanya dalam bidang akademik.

"Jom Tangani Stress!!!Fighting, Fighting...."




 Ceramah "Jom Tangani Stress" yang dijalankan di sebelah pagi
Sesi soal jawab bersama para penceramah

Para peserta khusyuk menjawab quiz " Jom Tangani Stress"


Para peserta bersedia untuk Larian "Jom Tangani Stress"

Para pemenang


Alhamdullillah, program ini mendapat sambutan yang terbaik daripada para mahasiswa!
Thanks yer sebab join!!!Semoga para mahasiswa mendapat input-input yang berguna dalam program ini......

♥♥♥ We Belong Together ♥♥♥

Membina Insan SUPER bersama Dato' Dr Kaisan


Program Membina Insan SUPER telah dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Efektif Rakan Sebaya semalam iaitu pada 20 januari 2013. Program ini bertujuan membina motivasi mahasiswa khususnya mereka yang berjawatan dan aktif di dalam kelab dan persatuan.

Kehadiran Dato' Dr Kaisan yang diiringi oleh Timb. Rektor Hal  Ehwal Pelajar UiTM caw. Kelantan

Ucapan aluan daripada Tn Hj Shukri Salleh b.s.k

Wakil kelab dan persatuan yang hadir

Ceramah daripada Dato' Dr Kaisan



♥♥♥ We Belong Together ♥♥♥

Eksplorasi Kerjaya


 



Maaf gambar kurang menarik. Harap enjoys in this blog yer...hehhhee

♥♥♥ We Belong Together ♥♥♥