Minggu Ujian Psikologi




Program anjuran Kelab PEERS UiTM Cawangan Kelantan telah dihadiri 
oleh Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Kelantan
 iaitu Tuan Haji Muhammad Shukri Bin Salleh B.S.K.,
 Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Kelantan 
merangkap penasihat Kelab PEERS UiTM Cawangan Kelantan,
 Puan Che Azlina Che Pa, pegawai psikologi UiTM Cawangan Kelantan, 
Puan Zainab 'Izzah Mahmud dan 2 orang kaunselor pelatih dari
 Universiti Malaysia Terengganu (UMT).


Objektif program ini diadakan untuk memberi peluang kepada 
mahasiswa/siswi mengenali watak dan identiti diri sendiri.
 Dengan bantuan psikologi yang diberikan oleh 
AJK Kelab PEERS UiTM Cawangan Kelantan, mahasiswa/siswi 
bukan shaja dapat mencari identiti sendiri malah dapat m
empelajari tentang pengawalan emosi. 
Program ini juga memberi khidmat kaunseling secara
 percuma kepada mahasiswa/siswi @ sesiapa yang datang ke program ini.

Dalam program ini, mahasiswa/siswi boleh membuat ujian-ujian psikologi.
Antara ujian2 tersebut ialah:

* UJIAN STRESS
* UJIAN GAYA BERCINTA
* UJIAN PERSONALITI SIDEK
* UJIAN MINAT KERJAYA
* UJIAN PERSONALITI WARNA
* UJIAN GAYA BELAJAR 
* UJIAN MENGATASI KONFLIK

.Program ini juga mengadakan pameran yang berkaitan psikologi, 
makna di sebalik tarikh lahir, dan lain- lain lagi.
Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang sangat ramai...
Terima kasih kepada mahasiswa/siswi yang datang kerana sama2 
menjayakan program ini.Tidak lupa juga kepada
 AJK yang bertugas untuk melancarkan program ini.

We Belong Together~ ^_^

♥♥♥ We Belong Together ♥♥♥