Tarikh : 23 JUN 2012
Bertempat : Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan
Program “Power Up Yourself With Ana Raffali” ini
merupakan satu program yang dianjurkan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling dengan
kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) yang merupakan program yang
berunsurkan motivasi dan kepimpinan. Program ini telah berlangsung pada 23 Jun
2012 bertempat di Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan yang disertai oleh 1300 orang pelajar termasuk 34
orang exco daripada Kelab PEERS. Selain itu program ini juga memberi peluang
kepada pelajar UiTM Cawangan Kelantan untuk beramah mesra bersama Ana Raffali
yang merupakan icon pelajar UiTM di samping dapat membentuk motivasi diri.
Terima kasih kepada Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Kelantan iaitu Tn Haji Muhammad Shukri Bin Salleh kerana telah meluluskan kertas kerja bagi program ini. Jutaan terima kasih kepada kedua ibu kami yang tercinta iaitu Puan Che Azlina Che Pa, selaku penasihat 1 dan Puan Zainab 'Izzah Mahmud selaku penasihat 2 kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan program ini dengan lancar. Tidak lupa juga terima kasih kepada staf-staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan kerana telah memberi bantuan dari segi surat dan sebagainya untuk meneruskan program ini.
Hasil dari
perlaksanaan program ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi lebih
bermotivasi dalam memajukan diri. Dengan menghadiri program ini, mahasiswa dan
mahasiswi dapat memupuk sifat tabah dan cekal serta tidak mudah putus asa dalam
hidup malah menjadikan salah seorang daripada graduan uitm yang telah berjaya
dipersada dunia sebagai inspirasi untuk terus berusaha untuk berjaya seperti
beliau.