Alhamdulillah, pada 17 September 2012
Kelab PEERS UiTM Cawangan Kelantan telah memenangi
Anugerah Khas Juri, Kelab Berpotensi sesi Jun-November 2012
pada Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa (AKM)
yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bahru Kelantan.
Terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor
Madya Dr. Hj Mohd Shukri Bin Hj Omar, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Tuan Haji Muhammad Shukri Bin Salleh B.S.K., Timbalan Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Staf-staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan sebagainya kerana telah menganugerahkan Kelab PEERS sebagai Kelab Berpotensi pada malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa (AKM)
Sesi Jun- November 2012.
Berkat tunjuk ajar penasihat Kelab PEERS, komitmen, perjuangan,
usaha dan kesungguhan semua AJK Kelab PEERS UiTM Cawangan Kelantan
alhamdulillah, Kelab PEERS telah mendapat anugerah tersebut.
InsyaAllah, kelab ini akan terus berjuang untuk mahasiswa,
pelajar dan universiti di negara kita.