Kelab PEERS UiTM Cawangan Kelantan
KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PEERS) adalah merupakan satu nama persatuan bukan akademik yang tidak asing lagi kepada mahasiswa dan mahasiswi di UiTM Cawangan Kelantan.
Hasil daripada pemerhatian yang telah
dilakukan, mahasiswa lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan rakan
sebaya berbanding kaunselor kerana menurut pandangan mereka, rakan-rakan lebih
mengenali dan memahami diri mereka. Rakan-rakan
sebaya yang dirujuk mungkin mampu membantu remaja untuk mencari jalan
penyelesaian kepada berbagai isu yang dihadapi. Menyedari bahawa “peer power”
merupakan faktor yang kuat pengaruhnya, dengan itu Unit Kerjaya dan Kaunseling
mengambil langkah untuk melatih sekumpulan pelajar di kampus dengan ilmu dan
kemahiran asas kaunseling rakan sebaya yang dikenali sebagai Kelab Pembimbing
Rakan Sebaya (PEERS).
Dengan
adanya Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PEERS) UiTM Cawangan Kelantan, kelab ini
boleh bertindak sebagai pengantara di kalangan pelajar dengan kaunselor
universiti ekoran daripada sikap sesetengah golongan remaja yang lebih selesa
merujuk masalah mereka kepada rakan sebaya berbanding orang dewasa. Justeru
itu, Kelab PEERS juga dapat membantu para pelajar yang bermasalah . Sikap
inginkan perhatian dari seseorang yang boleh menjadi pendengar yang baik tidak
dapat dinafikan lagi dalam diri kita yang bergelar manusia. Walaupun dengan
hanya memberi kata-kata semangat, dan cadangan yang positif sedikit sebanyak
dapat membantu mengurangkan beban pelajar-pelajar ini.
VISI
MISI
· *Menaikkan
nama universiti bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat
antarabangsa.
*Menjadikan
PEERS salah satu medium perantaraan dalam menjaga kebajikan mahasiswa.
*Satu
kelab yang cakna bukan sahaja kepada mahasiswa dan universiti tetapi pada
masyarakat juga.
*Melakukan
program bagi membantu ke arah kecemerlangan mahasiswa yang menyentuh dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.
LOGO KELAB
Hati melambangkan
konsep kasih sayang yang saling memahami, dan mempercayai
|
Warna putih
melambangkan kesucian dan kemurnian dalam perkongsian ilmu
|
Warna biru
melambangkan kematangan dari segi pemikiran.
|
Warna ungu
melambangkan kecekapan dalam menjalankan tugas secara global
|
Kedua belah
tangan tersebut membawa makna ikatan, kesatuan, dan penerimaan tanpa syarat
|
Cogan kata “we belong togeher” bermaksud ke arah
kecemerlangan bersama.
TUGAS PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA
i.Merapati
rakan sebaya dan mengenalpasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada kaunselor.
ii.Menjadi
pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan
emosi dalam keadaan krisis.
iii.Membantu
pelajar yang menghadapi masalah akademik.
iv.Membantu
kaunselor dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
v.Membantu
dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat
keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya .
vi.Membantu
dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai PEERS yang baru.
vii.Membantu
kaunselor dalam menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti unit, maklumat kerjaya
dan sebagainya.
viii.Menjadi
Role model kepada rakan sebaya mereka yang lain baik dari sahsiah diri,
penampilan, akademik dan juga aktiviti-aktiviti yang lain.
|
No comments:
Post a Comment